Saturday, July 5, 2014

OREO CHEESECAKE RESEPI SIMPLE DAN MUDAH

Assalamualaikum ,

Haaaa kalau kita sebut tentang oreo cheesecake semua orang lebih lebih lagi kanak kanak riang mesti teruja mendengarnya. Mana tak nya , ini lah salah satu cheese cake yang digemari ramai. Bagi wana , ini lah cheese cake yang paling senang untuk buat dan hasil nya memang tak pernah menghampakan wana, Walaupun resepi yang wana guna kadang kadang berubah mengikut citarasa. Kali ni , permintaan oreo cheesecake ini datang nya daripada adik lelaki wana yang masih berumur 16 tahun. Beliau sekarang menuntut di salah satu kolej kulinari di Kajang , wahh satu hari nanti dia lagi power mencipta pelbagai masakan baru. Wana sentiasa doakan kejayaan beliau. Bila adik wana ni dah membuat permintaan sebegitu , wana mana mampu untuk mengatakan tidak. Nasib baik lah duit beli barang barang buat cheesecake ini di sponsor oleh beliau. Maklumlah , wana ni masih belajar , tiada pekerjaan jadi duit tu tak berapa nak cukup. Sebelum wana nak mula , oreo cheese cake kali ini adalah version NO BAKE OREO CHEESECAKE tau. Enjoy ~


NO BAKE OREO CHEESECAKE

Untuk Crust

2    paket biasa biskut oreo ( dibuang isi putih ) - dihancurkan
1/4 cawan butter - dicairkan

Untuk Filling

500 gm cream cheese - pada suhu bilik
1/2 cawan gula kastor
1    tsp vanilla esen
1    tsp perahan jus lemon
8 oz / 250 ml whipping cream
1 1/2    paket biasa biskut oreo - dipatah patahkan
1    paket isi putih biskut oreo


Untuk Hiasan

1  paket oreo ( dibuang isi putih ) - dihancurkan
beberapa keping biskut oreo


CARA - CARA

Untuk Crust

Buang isi putih biskut oreo ( 1 paket isi putih biskut oreo simpan untuk buat filling ).
Hancurkan biskut oreo dengan menggunakan food processor atau dimasukkan dalam beg plastik dan dihancurkan menggunakan kayu pencanai atau apa sahaja yang bersesuaian.
Cairkan butter menggunakan kaedah double boiler.
Seterusnya , gaul kan kedua dua bahan dan masukkan dalam loyang yang ingin digunakan.
Tekan tekan supaya padat dalam loyang tersebut.
Balut loyang dengan plastic wrap.
Masukkan dalam freezer sementara kita sediakan filling.

Untuk Filling

Satukan cream cheese dan gula kastor , putar menggunakan hand whisker atau stand mixer sehingga sebati.
Seterusnya , masukkan esen vanilla dan jus lemon. Ketepikan.

Di dalam bekas lain , masukkan whipping cream yang berada dalam keadaan sejuk ye , putar whipping cream tersebut sehingga naik tanduk. Maksud saya soft peak. hehe


Sumber : Google



Seterusnya , gaulkan kedua dua bahan tersebut. dan masukkan oreo cookies yang telah dipatah patahkan.
Masukkan bahan filling ke dalam crust yang kita dah buat tadi.

Hiasan

Apabila daah tersedia gabungan crust dan filling oreo cheesecake tadi , boleh lah taburkan biskut oreo yang telah dihancurkan dan hias lah mengikut kreativiti anda.

Seterusnya , masukkan oreo cheesecake tersebut yang telah di balut dengan plastic wrap di dalam freezer semalaman. Pada keesokan hari nya , pindah kan oreo cheesecake tersebut ke dalam bahagian chiller 1 atau 2 jam sebelum makan.



SELAMAT MENCUBA !

Love, Wana


No comments:

Post a Comment