Friday, November 23, 2012

New York Cheese Cake !



hmmm memanggg sedapppppppppp !! tolong lah buat !! hahah percaya lah wana , kalau korang try buat sekali , mesti nak buat banyak banyak kali :) Alhamdulillah... sila lah jenguk jenguk resepi ye..



CRUST :

2 cups (200 grams) biskut digestive(dikisar halus),yang resepi ni wana guna biskut tiger yg biskut marie punye :)
1/4 cup (50 grams) fine castor sugar
1/2 cup (114 grams) butter ( yang telah dicair kan )

FILLING :

I KG cream cheese, room temperature (guna yang full fat )
1 cup (200 grams) fine castor sugar
3 tablespoons (35 grams) tepung gandum
5 biji telur , , room temperature
1/3 cup (80 ml) heavy whipping cream (tolong pakai heavy whipping cream ye, jgn yang regular)
1 tablespoon lemon zest
1 teaspoon esen vanilla


TOPPING :
 1 Packet choc chips
4 tablespoon butter
30 ml whipping cream

* Sebenarnye , resepi asal , topping dia adalah sour cream ( plain yogurt ) yang di bake ataupun lemon curd.. itu topping asal cake new york cheese ni.. tp disebab kan saya ni melayu , so saya tukar lah chocolate , eheh.. lagipun cheese cake ni pun dah sedikit masam.. bila tambah lagi masam macam tak kene dgn selera melayu ni , hahah ^__^

METHOD :

panaskan oven 177'C terlebih dahulu.. sediakan loyang atau springform yang telah di spray dgn cooking spray atau spread kan sedikit butter.. untuk cheese cake, wana prefer springform sbb nanti senang nak keluarkan cake dr springform :) kalau guna loyang biasa, boleh lapikkan dengan aluminium foil tapi lebih kan sedikit di tepi (keluar dr loyang sedikit) .. jadi nanti bila kek dah siap, kita tinggal tarik aluminium foil tu sahaja , senang kan :)


CRUST :

Dalam satu bekas , mix biskut digestive yang telah dikisar dengan butter.. dan tekan tekan dekat springform sama rata .. wrap , dan simpan dalam peti sejuk.. sementara tu buat cheese cake filling...

FILLING :

Dalam bekas electric mixer , masukkan cream cheese yang sudah berada dalam room temperature , pukul sehingga lembut sedikit.. seterusnya masukkan castor sugar.. pukul sebati tapi jangan sampai terlebih pukul adunan ni ye.. nanti takut kita punya cheese cake retak di tengah.. kalau cheese cake , kita tak boleh ter over pukul adunan sbb kita tak nak sebarang udara masuk ke dalam adunan cake , k ? :) 

selepas tu , kaut semua cheese yang ada kat atas atas bekas tu , satukan.. pukul adunan sebentar dan masukkan tepung gandum..pukul adunan sebentar ,  lepas tu boleh masukkan telur SATU PERSATU ye... :) kaedah ni pun boleh mengelakkan cheese cake kita retak nanti..
Pukul adunan sehingga sebati..

Seterusnya , masukkan whipping cream , lemon zest , esen vanilla.. pkul adunan hingga sebati.. jgn terlebih pukul ye.. kita cuma nak memastikan semua bahan dah di adun sempurna sahaja..

kita keluarkan crust yang kita letak dalam peti sejuk td, dan tuangkan cheese cake filling ni atas crust tadi..letak loyang tu ats bekas yang lebih besar baru masukkan dalam oven ye
bakar pada suhu 177'c untuk 20 min , 60 minit seterusnya turun ke suhu 150'c.. (api atas bawah) ..


cheese cake yang telah masak , phisically , cheese cake tu dah firm tp bila kita goyang sikit loyang tu , kat bahagian tengah tengah masih bergerak.. kalau nak tau lebih lanjut boleh try search kat youtube , hehe sorry wana tak sempat nak tangkap gamba sbb buat cake ni pun pukul 3 pagi :( ... dan lepas dah masak , biarkan cheese cake ni di luar sehingga sejuk , baru masukkan dalam peti sejuk.. biarkan dalam peti sejuk semalaman atau at least 4 jam , baru makan ye !!! bila dah keluarkan dr peti sejuk esok , boleh lah decorate topping mengikut kreativiti anda :) good luck !! semua pertanyaan please leave a comment down here !!! thank you 

resepi asal ---- joyofbaking.com --- take a look ! :P


KEBULI RICE



Assalamualaikum semua.. ha.. itu dia kebuli rice , haha wana buat simple simple je, tak letak gajus, kismis semua sebab takde barang.. haha so guna basic ingredients untuk buat kebuli rice.. 



Haaa... tu dia , sebenarnya wana bukan tau sangat pasal kebuli rice ni , tapi bila tengok resepi tu , ingredients dia macam sedap.. so cuba lah terai ni ha.. dan bila dah rase , hmm rase nye sesuai makan kalau ada sup kosong dan sambal belacan kot -__- tetbe masuk malay style ek , kalau pada asal nya kebuli rice ni berdasarkan apa yang wana googled , adalah dari Arab.. tapi ada juga yang menyatakan dari Kuala Lipis, Pahang.. Wana pun tak pasti kesasihan nya.. tapi yang penting , memang sedap.. dan resepi nasi kebuli ni pun ada dalam buku masakan Chef Wan yang terbaru.. sila lah beli kalau nak tau , hehe



BAHAN-BAHAN

Ayam mentah - dalam 10 ketul ( wana preferred yang whole drumstick tu , drumstick plus thigh tu , so besar sikit , hari ni tak dpt buat part tu sbb ayam semua dah kene potong dek bibik, haha )

kunyit  serbuk secukupnya
garam
air (cukup untuk kuantiti untuk masak nasi kita nanti )
minyak masak
beras secukupnya ( untuk resepi ni wana guna 3 cup)
butter 4 sudu makan

spice paste

-7 biji bawang merah ( shallots) *kecil
-2 inch halia
-3 batang serai ( dihiris )
- bahan bahan ini di blend terlebih dahulu
5 biji ketumbar
black pepper 2 sudu makan

CARA-CARA

Ayam mentah tadi haruslah diletak kunyit dan garam terlebih dahulu dan biarkan seketika dalam peti sejuk.

sementara itu ,
Masukkan air dalam periuk , air secukupnya untuk masak nanti ye.. bila mendidih , masukkan bahan blend , ketumbar, black pepper dan ayam yang telah diperap dengan kunyit tadi..biarkan seketika sehingga ayam masak..jadi kat sini kita akan dapat air rebusan ayam tadi..

lepas ayam dah cukup masak, angkat dan toskan..

sedia kan minyak di kuali sebelah , goreng ayam yang ditoskan tadi sehingga berkilat kulit ayam tu , hehe tapi jangan smpai hangitttt , goreng dengan minyak yang sedikit sahaja ye..
dah goreng , ketepikan..

Sediakan beras yang telah dicuci , tuangkan baki rebusan ayam td yang telah ditapis  ke dalam beras (jumlah air  rebusan secukupnya untuk masak nasi ye , jgn terlebih nanti lembik! ) .. masukkan butter dan garam secukupnya....

cara untuk masak nasi sama ada pakai rice cooker atau kukus.. wana suka kukus.. nasi tu memang akan fully cooked dan lembut.. memang sedap.. tapi ni terpulang kpd individu masing2 :) selamat mencuba !





Fried spagethi my style



Assalamualaikum semua, ehemm apa menu untuk hari ni ye?? :) Hari ni rasa macam nak makan spagethi , so rasa nya kalau lunch sesuai yang goreng goreng kot.. hehe jadilah spagethi goreng yang kat atas tu.. bawah ni ada resepi nye.. sila la jenguk , :) terima kasih





BAHAN-BAHAN

1/2 packet Spagethi ( direbus )

Chicken fillet 
Sotong
Udang
(bahan bahan di atas ikut berapa banyak yg anda perlukan)
*sotong dan udang harus digoreng terlebih dahulu bersama garam dan cili blend sebanyak 2 sudu kecil , goreng smpai masak tapi JANGAN TERLALU KERING 

2 biji bawang merah ( saiz besar ) *didadu kecil
1 biji tomato * didadu kecil
~3 ulas bawang putih
~1/2 inci halia
~10 biji cili padi (boleh tambah ikut selera masing masing)

bahan yang ditanda ~ harus ditumbuk sekali

2 biji kentang - dipotong dadu dan direbus terlebih dahulu
daun sup - dihiris kecil
minyak secukupnya
1 biji kiub maggi / kiub knorr
2 sudu makan sos tiram
garam dan perasa secukupnya

CARA-CARA

Rebus spagethi * jgn lupa masukkan sedikit minyak dan garam dalam rebusan supaya spagethi tersebut tak melekat sesama sendiri nanti

sementara itu ~

Goreng udang dan sotong - ketepikan
rebus kentang hingga lembut - ketepikan

- Panaskan minyak , masukkan bawang merah , goreng sehingga wangi dan diikuti dengan bahan yang ditumbuk.. goreng sehingga wangi.. 

- Seterusnya masukkan tomato dan goreng sehingga lembek ye.. hehe supaya jus tomato tu keluar.. 
 dan masukkan pula bahan mentah iaitu chicken slice.. biarkan sehingga masak..

kalau agak agak kering, masukkan sedikit air sehingga ayam masak ye.. tapi jgn sampai terlebih air sebab kita nak hasilkan spagethi goreng , bukan sup spagethi ! :)

lepas ayam dah masak, masukkan kiub maggi tu dan biarkan ia hancur dulu dan masukkan garam dan perasa.. selepas tu, terus masukkan spagethi yang telah direbus tadi.. Gaul rata dan masukkan sos tiram.. gaul rata.. dan biarkan ia kering sedikit..

seterusnya masukkan udang , sotong , kentang.. dan daun sup.. gaul rata.. dan hiaskan ikut kreativiti anda ! 

Love, Wana









Rainbow cupcakes


Eh togel pulak cupcake ni , hehe sorry lah sebab takde topping. ni buat untuk orang order. so kalang kabut sampai tak sempat snap waktu dah letak icing topping :)
Dekat sini wana akan tunjukkan step by step macam mana nak dapat rainbow tu ye. and terima kasih dekat kak ita http://fromintankitchen.blogspot.com/ sebab sudi kongsikan resipe rainbow cake, terima kasih ! :)







sediakan cup yang secukup nya


warnakan adunan cake dengan warna kesukaan :) * kalau nak dapt warna yang pastel colour / lembut , jangan smpai terlebih letak perwarna tu tau , cukup sekadar 1 ke 2 titik shj. kang kalau terlebih takut pulak orang nak makan sebab pekat sangat hehe


Mula mula letakkan 2 warna pilihan seperti gambar di atas


letakkan lapisan ke dua dengan warna yang berlainan, susunan nye seperti gambar di atas


Lapisan ketiga , letakkan 1 warna di tengah dan letakkan warna base kita di atas dan di bawah warna yang di tengah tu. letak sikit je. kita cuma nak pastikan kita ada 5 warna di permukaan supaya dapat rainbow yang comel. hehe


Then kita amik toothpick dan buat satu pusingan dekat permukaan , dapat lah rainbow tu 
hmm bolehhhh ? hehe


Buat lah sebanyak mana adunan yang anda mahu :) untuk resipe nye , wana akan letakkan di bawah ni. 


*Kak Ita, mintak share ye .. terima kasih hehe

BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKES
Resepi asal dari RAINBOW CAKE 
By : Whisk Kid
The Martha Stewardt Show, April 2010

11/2 cwn tepung gandum
2 sdk baking powder
Secubit garam garam
1/2  cwn butter ~ suhu bilik
3/4 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
3 biji putih telor ~ suhu bilik ( saiz B)
1sdk esen vanila
3/4 cawan susu segar ~ suhu bilik

 Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan paper cup putih secukupnya dan susun dalam muffin tray

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup
Buat hingga semua adunan habis
* untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bag
Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek

Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak sempurna.




FRENCH BREAD + CHUNKY SOUP



Assalamualaikum :)

Hari ni tiba tiba teringin pulak nak makan soup , panas panas... hmm memang menyedapkan perut yang tengah kelaparan ni , ibu wana pulak teringin hmm apa lagi , tercipta lah ia. haha resepi ni mmg di syorkan untuk sesiapa yang tengah BER-DIET hehe , so sesiapa yg tengah diet tu boleh lah cuba resipe ni ye :)



CHUNKY SOUP

BAHAN - BAHAN

ayam dalam 10 ketul ( yang telah dipotong kepada saiz kecil )
Air ( secukupnya untuk soup)
minyak secukupnya
1 biji bawang besar ( bawang holland)  ~ dipotong dadu kecil
1/2 biji bawang merah ~ dipotong dadu kecil
1 biji tomato ~ dipotong dadu kecil
2 biji kentang _ dipotong dadu besar
2 batang carrot _ dipotong dadu besar
*halia 1/2 inci
*2 ulas bawang putih
*1 sudu makan lada putih
 bahan yang ditanda * - ditumbuk halus
1 biji kiub ayam maggi / kiub ayam knorr
garam dan gula secukup rasa

CARA -CARA

Tumis bawang besar , bawang merah sehingga wangi. Masukkan pula tomato sehingga masak tomato tu ( lembek). Seterusnya masukkan ayam mentah tu , kaup balikkan supaya rata bahan2 tumisan dengan ayam.
Biarkan sekejap sehingga ayam separuh masak. dan terus masukkan air. Selepas tu , masukkan carrot dan kentang.

Di dalam kuali yang lain , tumis bahan tumbuk yang bertanda * sehingga wangi , dan masukkan dalam soup tadi.

Masukkan kiub ayam dan perasa, biarkan ia mendidih sehingga ayam , kentang dan carrot cukup masak :)
lepas dah siap, boleh hiaskan dengan daun sup dan juga bawang goreng ye.


FRENCH BREAD (TOASTED)

BAHAN - BAHAN

1 french bread ( panjang )
lada hitam
butter
daun sup


CARA - CARA

Panaskan oven 170'C

potong french bread mengikut saiz kesukaan , spread kan butter , lada hitam dan daun sup. masukkan dalam oven dalam 2 minute. Dah ready , senangkan ? :) selamat mencuba


Golden Butter Cupcakes



Hai semua ! :) bg yg mengenali diri saya , saya buat blog ni hanya sekadar suka suka untuk berkongsi ilmu yg ada... mana lah tau nak try buat jugak ke kan ? hehe contoh nya , cupcake yg kat atas ni , tak susah pun nak buat , cuma decoration yg saya buat ni ,deco yg tetbe je sbb sy bukan nye reti nak men deco yg power2 mcm dalam asian food channel ke , food network ke.. haha

RESEPI GOLDEN BUTTER CUPCAKE WITH CHOCOLATE PEANUT BUTTER FILLING

kalau you all reti buat basic butter cake , you all boleh teruskan dengan resepi tersendiri.. tapi kalau rasa mcm malas nak fikir resepi.. ataupun mmg tak tau mcm mana nak buat butter cake.. korang beli je ready flour yg banyak jual kat supermarket.. then ikut je instruction kat blakang kotak tu... lepas dah siap mixing sume.. bakar ikut instruction.. then lepas tu korang deco cupcake tu ikut citarasa tersendiri ! senang kan ? untuk cupcake yg saya buat kat atas ni, sy cuma guna yg ready made je. untuk lebih tau pasal ready made flour , PM saya kat facebook k ? :) http://www.facebook.com/profile.php?id=100000302733800

Cara mcm mana saya deco cupcake atas ni :

dark chocolate dalam satuu bar besar yg banyak jual kat kedai
3 table spoon of butter / unsalted butter
( dua bahan ni dicairkan bersama sama ada nak cairkan dalam microwave atau pun nak buat dgn kaedah double boiler)

*lepas dah siap

ambil separuh daripada chocolate sauce td untuk dicampurkan dengan peanut butter ( peanut butter yg slalu kite pakai untuk sape ke roti)...

lagi separuh biarkan je dalam satu bekas..

lepas cupcake dah masak.. ambil pisau yg tajam.. lubangkan kat tengah cupcake then keluarkan cebisan cake tu untuk isikan inti chocolate peanut butter tu , bile dah letak , tutupkan balik dengan cebisan cake yg dipotong tadi..

lepas dah tutup balik dgn cebisan cake.. ambil chocolate sauce yg tidak diampur dgn apa apa.. letakkan ia di atas cupcake tersebut mcm yg saya buat tu.. then saya deco kan dengan sugar ball tu untuk bg benda tu nmpak tak comot.. you all boleh try dgn kreativiti sendiri jugak tau..

selamat mencuba !!! :D