Friday, November 23, 2012

Fried spagethi my style



Assalamualaikum semua, ehemm apa menu untuk hari ni ye?? :) Hari ni rasa macam nak makan spagethi , so rasa nya kalau lunch sesuai yang goreng goreng kot.. hehe jadilah spagethi goreng yang kat atas tu.. bawah ni ada resepi nye.. sila la jenguk , :) terima kasih





BAHAN-BAHAN

1/2 packet Spagethi ( direbus )

Chicken fillet 
Sotong
Udang
(bahan bahan di atas ikut berapa banyak yg anda perlukan)
*sotong dan udang harus digoreng terlebih dahulu bersama garam dan cili blend sebanyak 2 sudu kecil , goreng smpai masak tapi JANGAN TERLALU KERING 

2 biji bawang merah ( saiz besar ) *didadu kecil
1 biji tomato * didadu kecil
~3 ulas bawang putih
~1/2 inci halia
~10 biji cili padi (boleh tambah ikut selera masing masing)

bahan yang ditanda ~ harus ditumbuk sekali

2 biji kentang - dipotong dadu dan direbus terlebih dahulu
daun sup - dihiris kecil
minyak secukupnya
1 biji kiub maggi / kiub knorr
2 sudu makan sos tiram
garam dan perasa secukupnya

CARA-CARA

Rebus spagethi * jgn lupa masukkan sedikit minyak dan garam dalam rebusan supaya spagethi tersebut tak melekat sesama sendiri nanti

sementara itu ~

Goreng udang dan sotong - ketepikan
rebus kentang hingga lembut - ketepikan

- Panaskan minyak , masukkan bawang merah , goreng sehingga wangi dan diikuti dengan bahan yang ditumbuk.. goreng sehingga wangi.. 

- Seterusnya masukkan tomato dan goreng sehingga lembek ye.. hehe supaya jus tomato tu keluar.. 
 dan masukkan pula bahan mentah iaitu chicken slice.. biarkan sehingga masak..

kalau agak agak kering, masukkan sedikit air sehingga ayam masak ye.. tapi jgn sampai terlebih air sebab kita nak hasilkan spagethi goreng , bukan sup spagethi ! :)

lepas ayam dah masak, masukkan kiub maggi tu dan biarkan ia hancur dulu dan masukkan garam dan perasa.. selepas tu, terus masukkan spagethi yang telah direbus tadi.. Gaul rata dan masukkan sos tiram.. gaul rata.. dan biarkan ia kering sedikit..

seterusnya masukkan udang , sotong , kentang.. dan daun sup.. gaul rata.. dan hiaskan ikut kreativiti anda ! 

Love, Wana









No comments:

Post a Comment