Friday, November 23, 2012

Rainbow cupcakes


Eh togel pulak cupcake ni , hehe sorry lah sebab takde topping. ni buat untuk orang order. so kalang kabut sampai tak sempat snap waktu dah letak icing topping :)
Dekat sini wana akan tunjukkan step by step macam mana nak dapat rainbow tu ye. and terima kasih dekat kak ita http://fromintankitchen.blogspot.com/ sebab sudi kongsikan resipe rainbow cake, terima kasih ! :)







sediakan cup yang secukup nya


warnakan adunan cake dengan warna kesukaan :) * kalau nak dapt warna yang pastel colour / lembut , jangan smpai terlebih letak perwarna tu tau , cukup sekadar 1 ke 2 titik shj. kang kalau terlebih takut pulak orang nak makan sebab pekat sangat hehe


Mula mula letakkan 2 warna pilihan seperti gambar di atas


letakkan lapisan ke dua dengan warna yang berlainan, susunan nye seperti gambar di atas


Lapisan ketiga , letakkan 1 warna di tengah dan letakkan warna base kita di atas dan di bawah warna yang di tengah tu. letak sikit je. kita cuma nak pastikan kita ada 5 warna di permukaan supaya dapat rainbow yang comel. hehe


Then kita amik toothpick dan buat satu pusingan dekat permukaan , dapat lah rainbow tu 
hmm bolehhhh ? hehe


Buat lah sebanyak mana adunan yang anda mahu :) untuk resipe nye , wana akan letakkan di bawah ni. 


*Kak Ita, mintak share ye .. terima kasih hehe

BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKES
Resepi asal dari RAINBOW CAKE 
By : Whisk Kid
The Martha Stewardt Show, April 2010

11/2 cwn tepung gandum
2 sdk baking powder
Secubit garam garam
1/2  cwn butter ~ suhu bilik
3/4 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
3 biji putih telor ~ suhu bilik ( saiz B)
1sdk esen vanila
3/4 cawan susu segar ~ suhu bilik

 Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan paper cup putih secukupnya dan susun dalam muffin tray

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup
Buat hingga semua adunan habis
* untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bag
Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek

Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak sempurna.




No comments:

Post a Comment