Friday, November 23, 2012

New York Cheese Cake !



hmmm memanggg sedapppppppppp !! tolong lah buat !! hahah percaya lah wana , kalau korang try buat sekali , mesti nak buat banyak banyak kali :) Alhamdulillah... sila lah jenguk jenguk resepi ye..



CRUST :

2 cups (200 grams) biskut digestive(dikisar halus),yang resepi ni wana guna biskut tiger yg biskut marie punye :)
1/4 cup (50 grams) fine castor sugar
1/2 cup (114 grams) butter ( yang telah dicair kan )

FILLING :

I KG cream cheese, room temperature (guna yang full fat )
1 cup (200 grams) fine castor sugar
3 tablespoons (35 grams) tepung gandum
5 biji telur , , room temperature
1/3 cup (80 ml) heavy whipping cream (tolong pakai heavy whipping cream ye, jgn yang regular)
1 tablespoon lemon zest
1 teaspoon esen vanilla


TOPPING :
 1 Packet choc chips
4 tablespoon butter
30 ml whipping cream

* Sebenarnye , resepi asal , topping dia adalah sour cream ( plain yogurt ) yang di bake ataupun lemon curd.. itu topping asal cake new york cheese ni.. tp disebab kan saya ni melayu , so saya tukar lah chocolate , eheh.. lagipun cheese cake ni pun dah sedikit masam.. bila tambah lagi masam macam tak kene dgn selera melayu ni , hahah ^__^

METHOD :

panaskan oven 177'C terlebih dahulu.. sediakan loyang atau springform yang telah di spray dgn cooking spray atau spread kan sedikit butter.. untuk cheese cake, wana prefer springform sbb nanti senang nak keluarkan cake dr springform :) kalau guna loyang biasa, boleh lapikkan dengan aluminium foil tapi lebih kan sedikit di tepi (keluar dr loyang sedikit) .. jadi nanti bila kek dah siap, kita tinggal tarik aluminium foil tu sahaja , senang kan :)


CRUST :

Dalam satu bekas , mix biskut digestive yang telah dikisar dengan butter.. dan tekan tekan dekat springform sama rata .. wrap , dan simpan dalam peti sejuk.. sementara tu buat cheese cake filling...

FILLING :

Dalam bekas electric mixer , masukkan cream cheese yang sudah berada dalam room temperature , pukul sehingga lembut sedikit.. seterusnya masukkan castor sugar.. pukul sebati tapi jangan sampai terlebih pukul adunan ni ye.. nanti takut kita punya cheese cake retak di tengah.. kalau cheese cake , kita tak boleh ter over pukul adunan sbb kita tak nak sebarang udara masuk ke dalam adunan cake , k ? :) 

selepas tu , kaut semua cheese yang ada kat atas atas bekas tu , satukan.. pukul adunan sebentar dan masukkan tepung gandum..pukul adunan sebentar ,  lepas tu boleh masukkan telur SATU PERSATU ye... :) kaedah ni pun boleh mengelakkan cheese cake kita retak nanti..
Pukul adunan sehingga sebati..

Seterusnya , masukkan whipping cream , lemon zest , esen vanilla.. pkul adunan hingga sebati.. jgn terlebih pukul ye.. kita cuma nak memastikan semua bahan dah di adun sempurna sahaja..

kita keluarkan crust yang kita letak dalam peti sejuk td, dan tuangkan cheese cake filling ni atas crust tadi..letak loyang tu ats bekas yang lebih besar baru masukkan dalam oven ye
bakar pada suhu 177'c untuk 20 min , 60 minit seterusnya turun ke suhu 150'c.. (api atas bawah) ..


cheese cake yang telah masak , phisically , cheese cake tu dah firm tp bila kita goyang sikit loyang tu , kat bahagian tengah tengah masih bergerak.. kalau nak tau lebih lanjut boleh try search kat youtube , hehe sorry wana tak sempat nak tangkap gamba sbb buat cake ni pun pukul 3 pagi :( ... dan lepas dah masak , biarkan cheese cake ni di luar sehingga sejuk , baru masukkan dalam peti sejuk.. biarkan dalam peti sejuk semalaman atau at least 4 jam , baru makan ye !!! bila dah keluarkan dr peti sejuk esok , boleh lah decorate topping mengikut kreativiti anda :) good luck !! semua pertanyaan please leave a comment down here !!! thank you 

resepi asal ---- joyofbaking.com --- take a look ! :P


No comments:

Post a Comment