Friday, November 23, 2012

KEBULI RICE



Assalamualaikum semua.. ha.. itu dia kebuli rice , haha wana buat simple simple je, tak letak gajus, kismis semua sebab takde barang.. haha so guna basic ingredients untuk buat kebuli rice.. 



Haaa... tu dia , sebenarnya wana bukan tau sangat pasal kebuli rice ni , tapi bila tengok resepi tu , ingredients dia macam sedap.. so cuba lah terai ni ha.. dan bila dah rase , hmm rase nye sesuai makan kalau ada sup kosong dan sambal belacan kot -__- tetbe masuk malay style ek , kalau pada asal nya kebuli rice ni berdasarkan apa yang wana googled , adalah dari Arab.. tapi ada juga yang menyatakan dari Kuala Lipis, Pahang.. Wana pun tak pasti kesasihan nya.. tapi yang penting , memang sedap.. dan resepi nasi kebuli ni pun ada dalam buku masakan Chef Wan yang terbaru.. sila lah beli kalau nak tau , hehe



BAHAN-BAHAN

Ayam mentah - dalam 10 ketul ( wana preferred yang whole drumstick tu , drumstick plus thigh tu , so besar sikit , hari ni tak dpt buat part tu sbb ayam semua dah kene potong dek bibik, haha )

kunyit  serbuk secukupnya
garam
air (cukup untuk kuantiti untuk masak nasi kita nanti )
minyak masak
beras secukupnya ( untuk resepi ni wana guna 3 cup)
butter 4 sudu makan

spice paste

-7 biji bawang merah ( shallots) *kecil
-2 inch halia
-3 batang serai ( dihiris )
- bahan bahan ini di blend terlebih dahulu
5 biji ketumbar
black pepper 2 sudu makan

CARA-CARA

Ayam mentah tadi haruslah diletak kunyit dan garam terlebih dahulu dan biarkan seketika dalam peti sejuk.

sementara itu ,
Masukkan air dalam periuk , air secukupnya untuk masak nanti ye.. bila mendidih , masukkan bahan blend , ketumbar, black pepper dan ayam yang telah diperap dengan kunyit tadi..biarkan seketika sehingga ayam masak..jadi kat sini kita akan dapat air rebusan ayam tadi..

lepas ayam dah cukup masak, angkat dan toskan..

sedia kan minyak di kuali sebelah , goreng ayam yang ditoskan tadi sehingga berkilat kulit ayam tu , hehe tapi jangan smpai hangitttt , goreng dengan minyak yang sedikit sahaja ye..
dah goreng , ketepikan..

Sediakan beras yang telah dicuci , tuangkan baki rebusan ayam td yang telah ditapis  ke dalam beras (jumlah air  rebusan secukupnya untuk masak nasi ye , jgn terlebih nanti lembik! ) .. masukkan butter dan garam secukupnya....

cara untuk masak nasi sama ada pakai rice cooker atau kukus.. wana suka kukus.. nasi tu memang akan fully cooked dan lembut.. memang sedap.. tapi ni terpulang kpd individu masing2 :) selamat mencuba !





No comments:

Post a Comment