Friday, November 23, 2012

FRENCH BREAD + CHUNKY SOUP



Assalamualaikum :)

Hari ni tiba tiba teringin pulak nak makan soup , panas panas... hmm memang menyedapkan perut yang tengah kelaparan ni , ibu wana pulak teringin hmm apa lagi , tercipta lah ia. haha resepi ni mmg di syorkan untuk sesiapa yang tengah BER-DIET hehe , so sesiapa yg tengah diet tu boleh lah cuba resipe ni ye :)



CHUNKY SOUP

BAHAN - BAHAN

ayam dalam 10 ketul ( yang telah dipotong kepada saiz kecil )
Air ( secukupnya untuk soup)
minyak secukupnya
1 biji bawang besar ( bawang holland)  ~ dipotong dadu kecil
1/2 biji bawang merah ~ dipotong dadu kecil
1 biji tomato ~ dipotong dadu kecil
2 biji kentang _ dipotong dadu besar
2 batang carrot _ dipotong dadu besar
*halia 1/2 inci
*2 ulas bawang putih
*1 sudu makan lada putih
 bahan yang ditanda * - ditumbuk halus
1 biji kiub ayam maggi / kiub ayam knorr
garam dan gula secukup rasa

CARA -CARA

Tumis bawang besar , bawang merah sehingga wangi. Masukkan pula tomato sehingga masak tomato tu ( lembek). Seterusnya masukkan ayam mentah tu , kaup balikkan supaya rata bahan2 tumisan dengan ayam.
Biarkan sekejap sehingga ayam separuh masak. dan terus masukkan air. Selepas tu , masukkan carrot dan kentang.

Di dalam kuali yang lain , tumis bahan tumbuk yang bertanda * sehingga wangi , dan masukkan dalam soup tadi.

Masukkan kiub ayam dan perasa, biarkan ia mendidih sehingga ayam , kentang dan carrot cukup masak :)
lepas dah siap, boleh hiaskan dengan daun sup dan juga bawang goreng ye.


FRENCH BREAD (TOASTED)

BAHAN - BAHAN

1 french bread ( panjang )
lada hitam
butter
daun sup


CARA - CARA

Panaskan oven 170'C

potong french bread mengikut saiz kesukaan , spread kan butter , lada hitam dan daun sup. masukkan dalam oven dalam 2 minute. Dah ready , senangkan ? :) selamat mencuba


No comments:

Post a Comment