Saturday, July 5, 2014

PERI-PERI CHICKEN DAN BLACK PEPPER SAUCE

Wah , tittle macam menggoda je kan. Sebenarnya, ini adalah percubaan kali pertama untuk wana menghasilkan per-peri chicken. Terima Kasih lah kepada Sorted Food kerana mengkongsikan resepi yang amat mudah dan bagi wana ini dah cukup sedap dan untuk pengetahuan semua , resepi ini amat sesuai pada sesiapa yang tengah ber diet. hehe maklumlah , wana ni hari hari makin membesar. Jadi , haruslah masak makanan yang berkhasiat. Bahan bahan untuk menghasilkan per-peri chicken ini amat mudah , Enjoy ~



PERI-PERI CHICKEN

Sumber asal : SORTED Food , Youtube
Diolah Oleh : Wana And Her Licious Story

Ayam

1 ekor ayam saiz kecil
4 ulas bawang putih
150 ml olive oil
50 ml apple cider vinegar
1 biji lemon - diambil air perahan
2 - 4 biji cili besar merah ( ikut tahap kepedasan yang disukai )
thyme secukupnya
garam secukupnya

Salad

2 genggam brokoli
1 biji karot - dipotong bulat
kentang dipotong empat
garam
gula
serbuk blackpepper
air rebusan secukupnya

Sos Black Pepper

Sumber : Kak Azlita Masam Manis
Diolah oleh : Wana And Her Licious Story

40 gm mentega
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 gm bawang holland
1 keping bay leaf
1 gm thyme
1 gm oregano
1 gm parsley
15 gm lada hitam biji - ditumbuk halus
20 gm serbuk stok perang
20 gm tepung
600 ml air
15 gm gula
5 gm garam
5 gm secukup rasa
25 ml krim tenusu

CARA - CARA

Ayam

Satu kan bawang putih , olive oil , apple cider vinegar , thyme , jus lemon , cili besar dan garam atau bahan perasa di dalam blender. Blend kan bahan tersebut sehingga hancur. Seterusnya , Lumurkan pada ayam.

Perap ayam tersebut semalaman.

Ayam yang telah di perap boleh dibakar menggunakan microwave ( grill mood ) atau dibakar menggunakan oven yang telah panas dan bakar dengan suhu 180'C sehingga ayam masak sepenuhnya.

Salad

Sayur Brokoli dan juga karot direbus di dalam air yang telah dimasukkan gula beberapa minit. Angkat dan terus rendam sayur sayur tersebut di dalam bekas berisi ais. Toskan dan ketepikan. * fungsi ais adalah untuk mengekalkan bentuk sayur supaya tidak layu dan rangup sewaktu di makan

Kentang yang telah dipotong empat , dicuci dengan bersih dan di toskan air nya. Taburkan garam dan serbuk black pepper secukupnya di atas kentang.
Sedia kan kuali leper , letakkan sedikit butter atau olive oil. masukkan kentang dan masak sehingga keperang perangan.
Kalau suka kan kentang yang lebih empuk , boleh lah rebuskan kentang itu terlebih dahulu.
bagi wana , wana suka kentang yang crunchy macam ni. hehe

Sos Black Pepper

Bawang merah , bawang putih dan bawang holland dikisar halus. Lada hitam ditumbuk halus. Ketepikan.

Panaskan mentega di dalam kuali , dan tumiskan bahan bahan kisar. kemudian , masukkan daun bay leaf dan juga thyme. Seterusnya , masukkan tepung dan juga stok perang. Kacau dan tumis sehingga warna nye bertukar menjadi gelap sedikit. Setelah itu , masukkan lada hitam. Kacau sehingga naik bau dan seterusnya masukkan air secukupnya. Pastikan api perlahan dan kacau sehingga kuah nya menjadi pekat sedikit. Masuk kan perasa yang bersesuaian dan akhir sekali , masukkan krim. Kacau rata. tutup api.

* Dalam resepi asal , Kak Ita letak karot dan celery yang telah dikisar halus. tapi pada hari wana sediakan sos ni , bahan bahan tu takde dalam peti ais. Jadi pakai mana yang ada sahaja , hasilnya alhamdulillah. sedap juga !




Selamat Mencuba !

Love , Wana.




No comments:

Post a Comment